Make your own free website on Tripod.com

10 TIP MENGHIAS KEDIAMAN

 

Sebelum mengambil keputusan membuang perabot, mungkin anda
boleh tangguhkan dulu dan fikirkan cara lain seperti mengecatnya,
mengalas dengan fabrik lain atau digunakan untuk tujuan lain.

Mengecat masih lagi dianggap sebagai cara berkesan dan murah bagi
mendapatkan hasil yang murah bagi mendapatkan hasil yang
menakjubkan. Cuba terokai pelbagai kaedah mengecat bagi impak
yang berlainan dan menarik.

Fabrik sofa yang dijual sempena jualan murah boleh dijadikan
alas meja, sarung kusyen kecil dan lain-lain. Ini lebih baik
lagi berbanding membeli yang siap dijual. Selain itu,
kediaman juga mendapat sentuhan tersendiri menurut
cita rasa kita.

Barang-barang yang dijadikan koleksi apabila dikumpulkan
akan menghasilkan paparan yang menarik.

Jangan memandang ringan pengaruh warna. Untuk menjadikan
ruang dapur lebih menarik, cat kabinet engan warna-warna terang.

Bekas-bekas kaca berwarna mampu mengungkapkan sesuatu.
Kumpulkan botol-botol kaca berwarna dan letakkan di kabinet
hiasan atau para terbuka.

Cari foto keluarga yang lama untuk diulang cetak dengan
menghantarnya ke makmal yang menawarkan khidmat
pengimejan komputer. Bingkaikan gambar tersebut bagi
menimbulkan kesan nostalgia.

Jag air kaca telus boleh digunakan sebagai bekas yang cantik
sebagai hiasan. Isikan dengan kekacang atau rrempah ratus seperti
cengkih, kayu manis, jintan putih dan hitam, bunga lawang dan
sebagainya. Tekstur dan warna yang dihasilkan sangat menarik
perhatian.

Kombinasi warna hitam dan putih antara lantai, perabot
dan aksesori mampu membangkitkan persekitaran ruang.

Dinding atau siling yang berwarna krim atau beige akan kelihatan
 lebih berseri apabila anda mencipta garis sempadan yang berwarna
kontra seperti warna coklat. Anda boleh mengecat garis sempadan itu
atau dengan meletakkan panel kayu.