Make your own free website on Tripod.com

8 Tip hias BILIK PENGANTIN

Fabrik Cadar
Cuba ikut perkembangan semasa. Perubahan cita rasa pengantin boleh disamakan dengan perubahan fesyen pakaian semasa. Jika dahulu, cadar daripada fabrik satin atau renda menjadi pilihan, tidak salah sekiranya anda beralih arah dengan pilihan fabrik cita atau kapas. Teksturnya yang lembut membangkitkan keselesaan dan yang paling utama ia tidak memanaskan. Kualiti buatan yang tinggi menjadikanya lebih tahan lebih lama dan menjimatkan.

Bunga Rampai atau Lilin Aroma Terapi
Haruman lavender, ros, jasmin atau buah-buahan pasti akan menimbulkan suasana hangat dan romantik dalam ruang tersebut.

 

Warna Cadar
Sama dengan pilihan warna pakaian pengantin, warna-warna lembut atau 'pastel' lebih digalakkan. Pilih warna yang natural seperti kuning muda, putih susu atau hijau muda. Sebaiknya-baiknya daripada fabrik jenis polos, motif kecil dan tidak sarat.

Meja Solek
Ruang yang besar membolehkan anda meletakkan meja solek. jangan biarkan meja ini kosong tanpa dihias. Letakkan perhiasan-perhiasan kecil seperti kotak muzik, bekas potpuri atau bekas tisu.

Dulang Hantaran
Kita biasa melihat amalan meletakkan dulang hantaran di atas katil. Ini kurang praktikal dilakukan. Dulang mudah terbalik dan barang hantaran akan jatuh bertaburan di atas lantai. Anda disyorkan menyediakan satu ruang yang dihias indah bersebelahan katil untuk meletakkan dulang-dulang hantaran tersebut.

Elemen Air
Sekiranya masih ada ruang untuk dihias, anda boleh meletakkan sebuah mangkuk kaca leper berisi air. Taburkan kelopak-kelopak bunga ke dalamnya bagi memberi kesan penampilan ruang yang menarik.

Jambangan Bunga
Anda perlu bijak memilih jambangan bunga sebagai hiasan di bilik pengantin. Elakkan daripada meletakkan jambangan bunga bersaiz besar di atas hujung kaki, tengah katil atau tepi sudut katil. Letak jambangan bunga segar bersaiz kecil di sudut tepi kiri kanan katil. Pilihan popular adalah bunga ros,carnation dan orkid.

Permaidani
Permaidani boleh menjadi penentu kepada kesan visual ruang keseluruhan. Elak daripada membentangkan permaidani bercorak besar kerana ini hanya akan menjadikan ruang kelihatan berserabut.