Make your own free website on Tripod.com
DEKO PEJABAT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AKSESORI HIASAN MODEN
Lampu bukan sahaja berfungsi menerangi ruang namun rekaan terkini pelbagai lampu di pasaran menjadikannya sebahagian daripada hiasan melengkapkan konsep moden keseluruhan ruang.

 

 

 

 


RUANG MENUNGGU SEMENTARA
Kedudukan ruang menunggu ini agak terhad. Hanya sebuah sofa panjang berlengan diletak melintang berhampiran dinding sebagai kemudahan kepada tetamu atau pelanggan yang datang berurusan. Apa yang penting, sentuhan kreatif jelas pada pemilihan karya lukisan abstrak yang menjadi titik tumpu dalam ruang ini.

LALUAN PENGHUBUNG
Kreativiti pereka berjaya menghasilkan suasana tenang namun cukup dramatik dengan kesan cahaya lampu pada siling dan dinding bertekstur. Kesannya ruang ini disimbahi cahaya samar mengikut acuan yang dikehendaki.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RUANG PERBINCANGAN
Ruang ini tampil sempurna dengan kehadiran meja perbincangan bulat. Pintu masuk dan dinding dari kaca telus membolehkan segala aktiviti perbincangan dapat dilihat terus
.

BILIK PENGARAH
Walaupun agak sempit namun kesan daripada pemilihan bahan yang betul, bilik pengarah tampil bergaya dengan sentuhan moden pada keseluruhan ruang. Ruang ini dilihat cukup selesa bagi pengarah yang mementingkan suasana tenang, selesa dan ringkas
.