Make your own free website on Tripod.com
DEKO RUMAH
 

 

 

Ruang hadapan rumah yang dipasang bidai ini
bertujuan sebagai pelindung cahaya matahari.
Boleh sekiranya sekadar mahu minumpetang,
bidai ini diturunkan bagi menahan kepanasan
atau silau cahaya matahari.

 

 

 

 

 

Dengan kedinginan angin yang masih terasa
dan udara segar sesudah hujan berhenti membuatkan
suasana di laman rumah sudut tepi ini tenang dan
damai sekali.

 

 

 

 

Keunikan basikal buatan kayu tetap menjadi elemen yang menarik perhatian sesiapa sahaja yang melewati pintu utama kediaman ini.

 

 

 

Ruang tamu kelihatan lapang kerana perabot kayu reka bentuk ringkas.Dua buah tabla diletakkan di sisi meja kopi yang rendah.Bidai gaya Jepun bagi mengelakkan cahaya terik matahari terus masuk ke dalam ruang.

 

 

 

 

Sepasang kerusi lengan diletakkan di ruang legar agar ia tidak terlalu kosong.Pemilihan fabrik kusyen dan bantal upholsteri merah nampak harmoni dengan merah bunga sepit udang sekaligus menyerlahkan ruang ini.

 

 

 

 

Pilihan cat dinding berwarna tangerin mewujudkan suasana hangat di ruang makan. Lampu gantung digunakan sebagai pencahayaan di ruang ini.Langsir yang digantung setinggi mungkin agar ruang tamu kelihatan lebih luas lagi.