Make your own free website on Tripod.com
PENGENALAN

DEKO RUMAH
Suasana yang tenang, jauh dari hiruk-pikuk kota sering kali menjadi sesiapa sahaja dalam memilih lokasi rumah kediaman yang ingin dimiliki. Suasana desa seperti ini bukan sahaja dapat menenteramkan fikiran yang berserabut, tetapi juga dapat membangkitkan semangat dan memberi cetusan ilham kepada penghuninya.

Bagi yang kreatif, mungkin di halaman tepi dan belakang rumah ditanam dengan pokok buah-buahan seperti durian dan rambutan. Menghias rumah tidak semestinya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Memadai jika anda bijak memadankan warna dan memasukkan elemen-elemen yang anda sekeluarga gemari.

 

DEKO PEJABAT
Ruang pejabat yang mempunyai sentuhan menarik dan istimewa semestinya menjadi idaman setiap syarikat.Sebuah pejabat dengan keluasan yang sederhana besar dicadangkan mereka bentuk dalaman moden dengan pilihan bahan-bahan utama seperti kaca dan besi tahan karat.

Bahagian yang paling penting untuk menarik minat pelanggan untuk berkunjung lagi ialah kaunter penyambut tetamu. Di sini, kami memaparkan beberapa reka bentuk dalaman untuk mencipta kelainan untuk pengubahsuaian. Saksikan sendiri sebahagian ruang-ruang pejabat yang menarik untuk dihayati.