Make your own free website on Tripod.com

                

Warna segar dan terang seperti hijau biasanya mencetus energi yang mampu menghidupkan persekitaran. Kebiasaannya rangkaian warna hijau mampu menjadikan sudut pilihan sebagai fokus tumpuan. Di sini, istimewa untuk penggemar hiasan kaca, dicadangkan pilihan warna hijau pucuk pisang sebagai warna utama aksesori hiasan kerana kemampuannya menarik perhatian dan menyegarkan mata memandang.

 

1 Lenturan berseni, kaca direkabentuk menjadi seekor angsa sesuai diletakkan sebagai aksesori pameran di kabinet atau meja sisi dan konsul.

2 Lilin aromaterapi kini menjadi hiasan kediaman berkonsep tropika dan moden. Mampu mengeluarkan haruman pilihan tatkala dinyalakan.

 

 

 

 

 

 

3 Lengkungan beralun di bibir pasu menjadikannya sebagai satu objek hiasan yang boleh diletakkan bersendirian tanpa meletakkan bunga ke dalamnya.

4 Botol hiasan kini dipelbagaikan dengan dilatari kelopak-kelopak bunga tropika dan rumput hijau, menjadikan penampilannya lebih mengasyikkan dan bergaya.