Make your own free website on Tripod.com

Lilin
bukan sekadar penyeri rumah

 

TIP PENJAGAAN LILIN

KESELAMATAN
1. Sentiasa bakar lilin di atas piring yang kalis haba atau dalam bekas kalis haba.
2. Jangan biarkan lilin terbakar tanpa pengawasan.
3. Ketengahkan sumbu lilin setiap kali anda membakarnya.
4. Jangan bakar lilin hingga habis Buangkan ia apabila ia mula membakar kira-kira satu inci daripada bahagian bawah atau pemegangnya.
5. Tanggalkan label pada lilin sebelum anda menyalakannya.

KETAHANAN
1. Jangan nyalakan dalam keadaan angin sejuk.
2. Simpan lilin di tempat yang sejuk dan kering. Lilin yang tersimpan dalam tempat sejuk akan menyala lebih lama.
3. Lilin yang berlainan akan terbakar pada kadar yang berlainan.

PENJAGAAN
1. Sentiasa bersihkan lilin dengan mengelap menggunakan kain yang lembut.
2. Untuk mengelakkan lilin daripada cair, simpan ia jauh daripada pancaran cahaya matahari terik.
3. Sebelum anda meletakkan lilin ke dalam cawan atau pemegangnya, titikkan satu sudu kecil air dalam cawan.
4. Dengan cara ini, apabila anda hendak mengeluarkan lilin dan menggantikannya dengan yang lain, lilin mudah dikeluarkan.